inferno_nightmare@yahoo.com
Apa maksud nick/id u? Kenapa nick/id u mcm 2 skali? Mcm mna u jumpa nick/id u ni? Kenapa nick/id u ganas sgt?... etc...
Itulah antara soalan2 yg biasa aku terima bila aku 1st time chat dgn stranger sejak sedekad lamanya. Dah hampir sedekad aku hold account ni, dan dah sedekad jugaklah aku terima bermacam2 soalan berkenaan nick/id aku ni. Di sini aku ingin membuka rahsia disebalik nick/id misteri yg digelar inferno_nightmare.
Di sini aku nk bercerita skit apa maksud nick/id aku tu. Sedia maklum, semua org tau yg inferno = api yg marak dan nightmare = mimpi ngeri. Wah... Nampak mmg ganas kn? api yg marak dan mimpi ngeri.... pergh... ni mesti budak metal, berhaluan kiri atau budak2 jahat/ganas mahupun org yg xde haluan atau yg menyebelahi syaitan.
Sebenarnya simple jek... mimpi ngeri utk api yg marak adalah air semata-mata. maksudnya untuk nick/id aku yg diberi nama inferno_nightmare adalah mudah, air atau water dlm bahasa penjajah.
Kenapa aku pilih air? x pilih api, angin atau tanah yg mna juga sumber2 tenaga dari bumi kita ini. Ini kerana, pada pendapat aku... air adalah sumber yg terkuat sekali berbanding sumber2 yg lain. Ada juga mengatakan yg air adalah sumber/sifat yg paling lemah skali kerana org sering mengaitkan air dgn sifat sabar, lemah dan malah lembut.
Air akan sentiasa menang jika dilawankan dgn api, dan air juga akan menghasilkan air yang panas jika disatukan dgn api.
Air pula akan setanding dgn angin jika disatukan yg mna akan menghasilkan ribut dan puting beliung atau typhoon dan tornado dlm bahasa penjajah.
Air pula akan membekal mahupun melemahkan tanah dalam apa jua keadaan di mana air dpt menyatu mahupun meleburkan tanah yg sedang erat bersatu.
Secara tidak langsung pon, 70% daripada planet ketiga dari matahari dalam sistem solar kita yg bernama Bumi diselaputi oleh air. Air juga merupakan antara medium yg terpenting dalam kehidupan sehari-harian kita. Itulah sebab utama aku memilih air sebagai nick/id aku yg diberi nama inferno_nightmare. Selesailah sudah blog berkenaan soalan2 yg ditujukan kepada aku oleh insan di luar sana yg selalu menanyakan apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn nick/id aku (inferno nightmare).
Friday, May 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment